Maklumat Lanjut

1) Perlukah saya membayar untuk mencari seorang guru ?

Tidak. Perkhidmatan kami adalah percuma untuk ibubapa/pelajar. Kami hanya mengenakan caj komisen kepada guru. Anda hanya perlu membayar yuran bulanan kepada guru.

2) Bagaimana jika saya tidak berpuas hati dengan guru yang telah anda hantar ?

Pada bila-bila masa anda tidak berpuas hati dengan kualiti tutor yang sedia ada, kami akan mencari tutor yang baru dengan percuma. Anda hanya perlu membayar yuran kelas untuk kelas yang telah diajar.

3) Berapakah tempoh masa yang perlu saya tunggu untuk mendapat seorang tutor ?

Kami akan mencari guru untuk anda dalam tempoh masa 24 jam (bergantung kepada lokasi)

4) Bagaimanakah saya boleh mengesahkan kelayakan dan pengalaman guru ?

Kami akan menemubual para guru untuk memastikan kelayakan mereka sebelum memberikan tugasan. Anda juga boleh menemubual guru dan meminta mereka untuk membawa sijil yang berkenaan pada kelas yang pertama.

5) Berapakah bilangan pelajar di dalam satu kelas ?

Kelas boleh dijalankan untuk seorang pelajar ataupun lebih. Jika anda inginkan kelas untuk lebih daripada 1 pelajar sila nyatakan kepada kami.

 

Sila klik di sini untuk mencari guru atau hubungi 018-4653053